Make your own free website on Tripod.com

SEJARAH PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN

Semenjak Government English School ditubuhkan pada 15 Januari 1923 sehinggalah kini, telah terdapat perkembangan mendadak sama ada dari segi pentadbiran mahupun bilangan guru dan pelajar-pelajar. Guru Besar yang pertama di Government English School adalah En. Chin Meow Cheong yang mula berkhidmat mulai tahun 1923. Pada peringkat awal terdapat sembilan orang guru antaranya Messers George Van Geyzel, H..R.H Stafford, Cheah Yen Kwee S.B Poniah, Wheeler, D.E Fernandez, Lim Cheah Aik dan Putih bin Tahir yang merupakan guru Melayu pertama mengajar di sekolah ini. Manakala bilangan pelajar pengambilan pertama seramai 125 orang pelajar Melayu. Pelajar ibni diambil dari meraka yang lulus darjah 4 dan 5 sekolah Melayu. Mereka dimasukkan sebuah kelas yang dikenali"Special Malays Class" Pelajar India yang pertama ialah R. Kanapathy dan pelajar dari kaum Cina yang pertama ialah Gah Hock Kwee.

Pada tahun 1926 seramai 26 orang pelajar mendudiuki Junior Cambrige. Antara pelajarnya ialah Shamsuddin Nain yang kemudiannya menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan pada tahun 1953. Pada tahun 1933 di bawah pengurusan Pengetua En. R.J Huddie, seorang pelajar perempuan iaitu Remola Sen buat kali pertamanya bersekolah di sekolah ini. Dan pelajar Melayu Perempuan yang pertama ialah Che Jamiah bt. Yaacob. Menjelang tahun 1992 bilangan pelajar perempuan terus meningkat sehingga 946 orang, manakala pelajar lelaki seramai 819 orang.

Sehingga kini terdapat 33 orang pengetua yang telah berkhidmat di Sek Men. Keb. King George V, Seremban.

1. En Chin Meow Cheong 1923

2.En M. Wheatley 1928

3. En. E.H Willson 1929

4. En. R.J Huddie 1932

5. En. F. Cobb 1934

6. En. C.A Scott 1934

7. En. D. Roper 1935

8. En. O.G Williams 1936

9. En. EMF Payne 1941

10. En. Chin Meow Cheong 1945

11. En. EMF Payne 1946

12. En. P.L Shaw dan En L.I Lewis 1948

13. En. G.P Dartford 1949

14. En. A.L Mc Corkindale 1950

15. En. Sutcliffe 1952

16. En. S. Thambiah 1955

17. En. P. Gunaratnam 1956

18. En. J.E.B Ambrose 1956

19. En. W.V Hobson 1957

20. En. R. Vivekananda 1958

21. En. Tan Seng Chye 1961

22. En. Cheah Cheng Eam 1961

23. En. N.S.R Bickers 1961

24. En. P. Navarathnarajah 1965

25. En. K. Anandarjah 1968

26. En. Lim Leng Lee 1970

27. En. Ahmad Dahan 1976

28. En. Hashim Jasa 1980

29. Tn Hj. Mohd Zain bin Rais 1982

30. Tn. Hj Mohd Taib bin Hussin 1989

31. Tn. Hj Ramlan bin Sulaiman 1995

32. Tn Hj Mokhtar bin Mentol 1995

33. Tn Hj Madzlan bin Borhan 1996

34. En Shahidan Bin Mokhtar

35. En Shamsuddin Bin Hamidan