Make your own free website on Tripod.com

LatarBelakang Diri


Dilahirkan di Melaka, pada tahun 1967.Ayah bernama Ismail Bin Hashim. Nama ibu Raja Norsiah Bte RajaMohd. Merupakan Anak yang kelima daripada enam orang adikberadik. Isteri bernama Mardziah bte Md. Zain (..orang Kedah).Mempunyai dua orang anak yang bernama Megat Afiq, Megat Afnan danMegat Afif.

Sekolah rendah di SekolahRendah St. Francis Instition, Melaka. Sekolah menengah di SekolahMenengah St. Francis Institution. Memasuki Yayasan Pelajar Melaka[Yaspem] untuk pengajian tingkatan enam. Melanjutkan pelajaran diUniversiti Sains Malaysia dan mendapat kelulusan BA.Ed Hons.Pengkhususan utama Sasteradan minor dalam pengajian sejarah. Mengikuti kursus Windows NT di UTMpada tahun 1996. Mengikuti kursus Komputer Dalam Pengajaran danPembelajaran Untuk Jurulatih Utama Fasa III di Maktab PerguruanRaja Melewar Negeri Sembilan dan lulus dengan gred "A".

Mula mengajar di SekolahMenengah Kebangsaan King George V, Seremban mulai 17.07.1992.Kini mengajar matapelajaran Kesusasteraan Melayu Tingkatan Enamdan Sejarah Kertas Satu STPM. Dilantik sebagai Ketua UnitPenerbitan dan Grafik Sekolah, Pengurus Stok, Pengurus MakmalKomputer Tingkatan Enam, dan Pengerusi Homepage Sekolah. MenjadiSetiausaha Panitia Kesusasteraan Melayu Negeri Sembilan, GuruSumber Kesusasteraan Melayu STPM Negeri Sembilan. Menjadipemeriksa kertas Kesusasteraan Melayu dari 1992 - 1998. Penulisdalam majalah Akademik. Menjadi johan dalam pertandingan karangananjuran Pusat Pendidikan Negeri Sembilan tahun 1993. MenerimaAnugerah Cemerlang pada tahun 1996.

Di dalam usaha memantapkan penggunaan IT di sekolah, beliau telah dipertanggungjawabkan membina beberapa program perisian untuk manfaat pelajar dan pengurusan. Antara perisian yang berjaya dilaksanakan ialah Sistem Pengurusan Stok Koperasi Sek. Men. Keb. King George V Bhd, Sistem Maklumat Pelajar dan Sistem Permarkahan. Perisian yang masih dalam pembinaan Sistem Pinjaman Buku di Perpustakaan dan alat bantu mengajar dengan menggunakan perisian Authorware. Usaha ini sekaligus dapat memperkembangkan dan memperluaskan penggunaan komputer dalam pengurusan sekolah. Usaha ini dilakukan bagi membawa sekolah SMK. KGV ke mercu kecemerlangan.

Menjadi waden asrama sejak17.07.1992 dan menjadi Ketua Waden pada tahun 1993 sehingga Mac1998. Melibatkan diri dalam Persatuan Waden.[Berkawan], NegeriSembilan Darul Khusus.

Balikke Menu Utama