Sekolah Menengah Kebangsaan King George V, Seremban dirasmikan pada 23 April 1928 sempena dengan hari yang bersejarah bagi masyarakat England iaitu" Hari St. George" , manakala nama sekolah ini juga diambil sempena seorang raja England iaitu King George V yang dapat mententeramkan England dari keadaan huru hara akibat gangguan seekor naga.

Kisah ini diterapkan di dalam lambang sekolah ini. Oleh itu jelas kelihatan imej seorang pahlawan yang sedang bertarung untuk menentang seekor naga. Imej ini diterapkan sebagai satu ilusi dan analogi bahawa akan munculnya tokoh pahlawan atau pemimpin dari sekolah ini yang mampu membawa kejayaan yang cemerlang. Di bawah imej tersebut diterapkan kata-kata di selepang kuning yang bertulis "Veni", "Vedi" dan "Veci" yang bermaksud; "Aku datang","Aku lihat" dan "Aku tawan". Kata-kata ini diambil dari tokoh lagenda Julius Caesar. Manakala selepang berwarna kuning itu, melambangkan kesetiaan yang tak berbelah bahagi kepada sekolah, negara, agama dan raja.

Pada tahun 1953, lencana sekolah ini telah diubahsuai. Ini kerana pada peringkat awal ada tertera lambang salib dan tokoh lagenda dari barat. Lambang sekolah cuma mengukir perkataan "KGV" di lencana. Namun setelah menampakkan kejanggalan maka sekali lagi lencana atau lambang sekolah diubahsuai. Gabungan unsur tempatan dan unsur asal lencana dilakukan. Maka akhirnya lambang salib itu ditukar kepada "V" (lima) dan sehingga kini tiada pengubahsuaian dilakukan.

 

Balik ke Menu Utama