Make your own free website on Tripod.com

Kejayaan Sekolah Menengah Kebangsaan King George V, Seremban mencatatkan nama di seluruh pelusuk tanah air dan luar negara adalah dari usaha gigih yang tutas penuh dengan semangat mesyuwarah dan teamwork dengan satu iltizam dan matlamat.

Keadaan ini dimantapkan lagi dengan kerjasama cemerlang Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang sentiasa komited dan bersungguh-sungguh di dalam melaksanakan tanggungjawab.

Keperihatinan ibu bapa turut memainkan peranan. Sikap ibu bapa yang sentiasa memberi kepercayaan dan kerjasama yang padu kepada pihak pengurusan dan staf akademik untuk menjana minda meningkatkan mutu sahsiah dan pencapaian akademik pelajar, membantu memberi rangsangan yang bermakna untuk pihak pengurusan dan staf akademik untuk terus menjana tenaga dan akal untuk memberi pendidikan yang terbaik untuk anak didik sekelian. Semangat waja yang ditunjukkan oleh warga pendidik menberi satu pemangkin untuk merancakkan suasana keilmuan dalam iklim sekolah

Situasi ini ditambah dengan semangat yang ditunjukkan oleh pelajar untuk terus maju untuk mencapai tahap yang lebih cemerlang

Inilah kunci kejayaan sekolah ini.

Semoga sekolah ini tetap gemilang dan cemerlang...insyallah.

 

Cg Mai