Make your own free website on Tripod.com

PROGRAM AKADEMIK BERASRAMA

ASRAMA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

KING GEORGE V, SEREMBAN

Sekolah Menengah Kebangsaan King George V, Seremban telah terpilih menjadi sebuah sekolah harapan negeri bagi Negeri Sembilan Darul Khususu. Status ini sekaligus mengangkat martabat sekolah ketahap yang lebih gemilang. Oleh itu pelbagai usaha telah diatur bagi memastikan harapan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan tercapai. Bagi merealisaikan kenyataan itu maka Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan King George V, Seremban telah merangka pelbagai program. Mulai tahun 1998, Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan King George V, Seremban telah merangka satu program khas untuk menggalakkan pelajar tingkatan satu tinggal di asrama. Program ini dikenali sebagai Program Akademik Berasrama. Program ini diatur bukan sahaja untuk menggalakkan pelajar tinggal di asrama, malahan untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik. Dengan harapan pelajar ini kelak ketika menduduki peperiksaan PMR pada tahun 2000 dapat mencapai "8A" atau cemerlang.

PROGRAM

Antara program yang dirancang ialah;


HARAPAN


Kami yakin atas kesungguhan semua pihak,hasrat untuk menwujudkan Program Akademik Berasrama di Sekolah Menengah Kebangsaan King George V akan terlaksana. Menerusi program ini, pelajar akan dapat mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik khasnya dan kokurukulum amnya. Melalui program ini, pelajar secara tidak langsung akan dilatih hidup berdikari dan berdisiplin. Menerusi program yang diatur, kami yakin dapat melahirkan pelajar yang cemerlang. Kerjasama dan keyakinan pihak ibu bapa menjayakan program ini secara tidak langsung memberi semangat kepada pelajar dan memberi inspirasi kepada pihak pengurusan asrama dan sekolah.

Anda mempunyai cadangan? Sila kemukakan cadangan menerusi:

e-mail asr_kgv@hotmail.com