Sekolah Menengah Kebangsaan King George V terletak di bandar Seremban, Negeri sembilan. Sekolah ini terletak di atas bukit di Jalan Zaaba. Lokasi ini begitu strategi kerana boleh dihubungkan dengan jalan raya yang terbaik, serta berdekatan dengan stesyen komuter dan keretapi. Kedudukannya di bandar Seremban sekaligus menjadi antara mercu tanda bandar Seremban.

Keluasan Sekolah Menengah Kebangsaan King George V, Seremban ialah 26.83 ekar. Sebagai sebuat sekolah elit dan primier semestinya keluasan sebegini dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Justeru itu, tidak hairan jika sekolah ini mempunyai kemudahan fizikal yang banyak dan kepelbagaian bentuk bangunan.

Hoki dan olahraga

Terdapat beberapa keunikan dari segi kemudahan bangunan dan fizikal sekolah ini. Sekolah ini mempunyai kawasan padang yang luas. Keadaan ini membolehkan pelbagai gelanggang dan padang permainan wujud. Ini jelas terbukti, dengan terdapatnya padang Bola Sepak, Ragbi, Hoki dan Kriket. Di samping itu terdapat 4 gelanggang tenis, 2 gelanggang bola keranjang, 4 gelanggang sepak takraw, sebuah gelanggang bola tampar. Kemudahan yang paling berprestej ialah kemudahan Kolam Renang.

Gelanggang tenis..................Kolam ini dibina pada tahun 1974................. Makmal komputer

Dari segi kemudahan bangunan pula, terdapat pelbagai kemudahan seperti tiga makmal komputer, dua blok Kemahiran Hidup, tiga bilik syarahan, dewan sekolah, koperasi dan asrama.

Berbekalkan kemudahan sebegini, dibantu oleh tenaga pengajar berdedikasi serta para pelajar yang mempunyai minat untuk memajukan diri maka tidak hairan jika setiap tahun sekolah ini mencatatkan pencapaian yang tinggi dalam bidang sahsiah, akademik dan kokurikulum..